Tuesday, February 1, 2011

4 mY BaKaL


sori ler.....sy ni mmg xtau nk memujuk...cuma tau merajuk jer......huhuhu....dgr la lagu ni yer.....ni je y mampu...really2 sori about that....

Kisah Ibu bapa dan anakya yang berbulan madu

Kisah Mak Minah…..
Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi
iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka berpakat utk
kawinkan anak2 ni serentak.
Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang
untuk pegi honeymoon. Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke
Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.
Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jgn lupa hantar
berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak
payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas, padat
dan cepat.” panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.
Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis
‘Standard Chartered’. Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered
dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis
“Besar, teguh dan peramah”.. Bahagialah Si Siti rupanya..
Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis ‘Nescafe’. Carilah iklan
Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis
“Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir” Bahagialah Si Seri Rupanya…
Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis KFC’.
Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis
‘Hingga Menjilat Jari’… Bahagialah Si Murni rupanya…
Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah
risau. Dua Minggu… tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai
surat dari Suri dengan isi kandungannya “AIR ASIA”.
Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau
apa yg jadi kat anak bongsunya.
Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau
menangis… Apa motto iklan itu…??
“7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. NON-STOP!!”

Citer best nie..

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh kedalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku..

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh kedalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku jatuh kedalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.

Pari Pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab… ‘ya, itulah isteriku…’

Pari Pari pun marah, ‘Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak’.

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, ‘Aku bukan tamak, kalau aku kata ‘tidak’ pada Christina Aguilera… kau akan bawakan pula Britney Spears…kalau aku katakan ‘tidak’ juga, barulah kau bawakan isteriku…bila aku kata ‘ya’, kau akan berikan mereka bertiga padaku…’. Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua’.aku ni setia pada yang satu..hu hu…

Ada ati nak tambah cawangan…

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin
lagi.
Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is
two, “tiga” isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular”
dan “plural”

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu “Singular”; dua atau lebih “Plural”

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka
abang MAMPUS tambah “s” je, kan ?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk
berkahwin lagi..

Suami Mithali

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab
eklusive lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba
kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki
menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . “
Hello?
“Abang, nie sayang nie,”
“emmm . . “
“Abang masih ada di kelab lagi ke?”
“iya.”
“sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab
abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru . . cantik bang, Boleh
ke sayang beli?”
“Berapa harga nya?”
“Cuma $1500.00 aje”
“O.K, belilah kalau memang awak dah suka sangat”
“Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di
Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001 . Sayang suka
kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia
setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan
BMW yang kita beli tahun lepas tu “
“ Berapa harga yang dia bagi?”
“Cuma $280,000 …”
“O.k tapi pastikan harga tu dah on the road.”
“Great!, before we hang up, ada satu perkara lagi…”
“Apa?”
“Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang
dan….pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat
tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu . . . sekarang nie untuk
dijual.Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada
taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan
bang. . “
” Berapa harga yang mereka minta?”
” Cuma $740,000… o.k kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . .”
“Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi
cuba dapatkan harga $700,000. OK?”
“OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I
Love You !!!”
“Bye… I Love you to . . “
Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil
mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada
dalam bilik tersebut: “ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?